Menu Content/Inhalt
Home

Statistics

Members: 6
News: 160
Web Links: 5
Visitors: 737871

Aduan

Borang Aduan Borang Aduan
Header02
Perutusan Pengarah PDF Print E-mail
Thursday, 04 October 2007

pengarah.jpgAssalamualaikum w. b. k . t dan selamat sejahtera kepada semua pelayar yang melayari laman web Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia, Negeri Pahang Darul Makmur. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi melayari laman web Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia, Negeri Pahang.

Laman web ini diwujudkan selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan kakitangan dan masyarakat yang celik IT serta salah satu medium penyampaian maklumat dan disamping itu bagi membolehkan pelayar mengetahui dengan lebih lanjut mengenai organisasi jabatan, maklumat-maklumat balai, aktiviti, berita semasa dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia, Negeri Pahang. Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan tips-tips dan panduan keselamatan kebakaran yang berguna daripada laman web ini.

Selain daripada itu, sebarang komen dan pendapat dari tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan demi penambahbaikan jabatan.

Akhir kata, semoga tuan-tuan dan puan-puan memperoleh maklumat yang berguna dan bermanfaat dari laman web ini.

‘KESELAMATAN KELUARGA, KESEJAHTERAAN NEGARA’.

Sekian, terima kasih.

DATO' ABDUL WAHAB BIN MAT YASIN
Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba,
Pengarah,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Malaysia,
Negeri Pahang Darul Makmur

Last Updated ( Friday, 06 November 2009 )
 
< Prev
Advertisement

Polls

Do this portal teach you about the danger of fire?