Menu Content/Inhalt
Home

Aduan

Borang Aduan Borang Aduan
Berita Semasa PDF Print E-mail
Tuesday, 17 November 2009

Pelancaran OPS Raya

Sempena dengan sambutan Hari Raya Adiilfitri, satu pelancaran ”Ops Raya” telah diadakan bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Majlis ini diadakan pada 18 September 2009 dirasmikan oleh YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Pahang Darul Makmur. Dalam ucapannya YS Pengarah meminta supaya semua anggota sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga kerana musim perayaan merupakan satu musim di mana risiko berlakunya tragedi adalah amat tinggi. Justeru itu, rondaan hendaklah ditingkatkan dan pasukan bersedia juga ditempatkan di kawasan-kawasan berisiko terutama kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan. Dalam majlis tersebut, YS Pengarah telah menyumbangkan sumbangan kuih raya kepada semua balai sebagai tanda ingatan kasih. Beliau juga telah meluangkan masa melawat ke Pusat Bersedia Pasukan Penyelamat di Hentian Rawat & Rehat Gambang bagi menyuntik semangat para petugas yang tidak dapat bersama keluarga sempena Hari Raya ini. 

opsraya1.jpg opsraya2.jpg

 

Last Updated ( Thursday, 19 November 2009 )
 
Advertisement