Menu Content/Inhalt
Home

Aduan

Borang Aduan Borang Aduan
Berita Semasa PDF Print E-mail
Monday, 15 September 2008
 Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Peringkat Negeri 2008
g1.gif
Pada 15 dan 16 Ogos 2008, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pahang telah menganjurkan Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Peringkat Negeri. Konvensyen selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hoh Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri Pahang yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang. Dalam konvensyen kali ini beberapa aktiviti telah diadakan termasuklah Pertandingan Kawat Kecekapan Basah, Kawat Kecekapan Alat Pemadam Api, Seminar Pasukan Bomba Sukarela, Pameran Kebombaan dan Majlis Penyerahan Baju Api kepada Pasukan Bomba Sukarela. Bagi pertandingan Kawat Kecekapan beberapa katagori pertandingan telah dipertandingkan. Sebanyak 12 Pasukan Bomba Sukarela, 5 Pasukan Bomba Bantuan dan 45 Pasukan Keselamatan Kebakaran telah menyertai pertandingan ini. Keputusan penuh pertandingan bagi kesemua katagori adalah seperti berikut:
 
1. Kawat Kecekapan Basah Pasukan Bomba Sukarela (PBS)
a. Johan : PBS Kuala Tahan, Jerantut
b. Naib Johan : PBS Damak A, Jerantut
c. Ketiga : PBS Damak B, Jerantut
 
2. Kawat Kecekapan Basah Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK)
a. Johan : PKK Kilang Sawit Triang 2, Triang
b. Naib Johan : PKK MARDEC Bhd., Mentakab
c. Ketiga : PKK Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Mentakab
 
3. Kawat Kecekapan Basah Pasukan Bomba Bantuan (PBB)
a. Johan : CEFS Response, Kerteh
b. Naib Johan : Bomba Pelabuhan Kuantan
c. Ketiga : Bomba Resort World Bhd.
 
4. Kawat Kecekapan Alat Pemadam Api
a. Johan : Mohd Fakaruddin b. Abd. Rahman (CEFS Response)
b. Naib Johan : Azizan b. Che Mat (CEFS Response)
c. Ketiga : Ahmad b. Abd. Wahid (CEFS Response)  
Last Updated ( Monday, 15 September 2008 )
 
Advertisement