|
Objektif
Memberikan perkhidmatan sokongan
dalam pengurusan pentadbiran kakitangan, kewangan, dan logistik dengan adil,
cekap, dan teratur bagi memenuhi objektif jabatan
Fungsi Utama
Menentukan pengurusan pentadbiran
am jabatan yang melibatkan aspek-aspek pengurusan fail, surat menyurat, pengurusan setor, pengurusan
aset dan mesyuarat.
Menentukan pengurusan personel
jabatan yang melibatkan aspek-aspek perjawatan, perkhidmatan, dan tatatertib
bagi seluruh kakitangan jabatan.
Menentukan pengurusan kewangan
jabatan yang melibatkan aspek-aspek perolehan kerajaan, bayaran gaji dan elaun,
kutipan hasil, tuntutan, dan pembayaran.
Mengawal selia program
pembangunan jabatan
Objektif Kualiti
Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diakui
penerimaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pesanan kerajaan dikeluarkan.
Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah :-
Untuk menentukan supaya
pengurusan sumber manusia dan kewangan diurus dengan mesra, adil, berkualiti,
cekap dan berkesan.
Untuk menguruskan urusan
pentadbiran am iaitu mengendalikan dan menyelaraskan hal-hal berkaitan dengan
Perhubungan Awam, pengiriman dan penerimaan surat, Pendaftaran fail, keselamatan dan
kebersihan pejabat dan Pengangkutan Jabatan secara cemerlang.
Untuk meneruskan urusan
perkhidmatan dan perjawatan iaitu yang berkaitan dengan pengurusan personel dan
tenaga manusia secara efisyen.
Untuk menyiapkan semua jenis
baucer bayaran dalam tempoh Dua (2) menggu selepas tarikh menerima
dokumen-dokumen yang lengkap.
Untuk memastikan urusan pembelian
dan bekalan dilaksanakan mengikut
peraturan dengan adil menepati
masa.
Unit
- Aspek
Pentadbiran
- Pengurusan,penyelenggaraan
dan keselamatan harta jabatan
- Urusan
penerimaan dan pengiriman surat
- Urusan
pentadbiran fail
- Urusan
mengendalikan mesyuarat
- Urusan
perhubungan telefon dan kenderaan
- Pengurusan
stor,verifikasi stok dan perlupusan
- Urusan
perhubungan telefon, penghawa dingin dan komputer
- Jawatankuasa
Perumahan Jabatan
-
Aspek
Personel
-
Urusan
perkihdmatan,perlantikan,pengesahan dan pencen,penempatan dan pertukaran,
cuti dan rekod.
-
Rekod
Buku Perkhidmatan
-
Urusan
kenaikan pangkat
-
Urusan
kenaikan gaji dan perubahan gaji
-
Urusan
lembaga tatatertib pegawai
-
Merancang,menyemak,
dan mengkaji keperluan jawatan, skim dan pengubahsuaian operasi tenaga
sumber manusia
-
Mengemaskini
data dan maklumat penjawatan/personel (SISPEN & HERMIS)
-
Urusan
Penilaian Harta
-
Urusan
permohonan pegawai dari Kumpulan Wang Kebajikan Bomba
|