Menu Content/Inhalt
Home arrow Muat Turun Borang

Aduan

Borang Aduan Borang Aduan
Muat Turun Borang
Pengurusan PDF Print E-mail
Thursday, 04 October 2007

Objektif

Memberikan perkhidmatan sokongan dalam pengurusan pentadbiran kakitangan, kewangan, dan logistik dengan adil, cekap, dan teratur bagi memenuhi objektif jabatan

 

Fungsi Utama 

Menentukan pengurusan pentadbiran am jabatan yang melibatkan aspek-aspek pengurusan fail, surat menyurat, pengurusan setor, pengurusan aset dan mesyuarat.

Menentukan pengurusan personel jabatan yang melibatkan aspek-aspek perjawatan, perkhidmatan, dan tatatertib bagi seluruh kakitangan jabatan.

 Menentukan pengurusan kewangan jabatan yang melibatkan aspek-aspek perolehan kerajaan, bayaran gaji dan elaun, kutipan hasil, tuntutan, dan pembayaran.

 Mengawal selia program pembangunan jabatan

 

Objektif Kualiti

Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diakui penerimaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pesanan kerajaan dikeluarkan.

 

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah :-

Untuk menentukan supaya pengurusan sumber manusia dan kewangan diurus dengan mesra, adil, berkualiti, cekap dan berkesan.

Untuk menguruskan urusan pentadbiran am iaitu mengendalikan dan menyelaraskan hal-hal berkaitan dengan Perhubungan Awam, pengiriman dan penerimaan surat, Pendaftaran fail, keselamatan dan kebersihan pejabat dan Pengangkutan Jabatan secara cemerlang.

Untuk meneruskan urusan perkhidmatan dan perjawatan iaitu yang berkaitan dengan pengurusan personel dan tenaga manusia secara efisyen.

Untuk menyiapkan semua jenis baucer bayaran dalam tempoh Dua (2) menggu selepas tarikh menerima dokumen-dokumen yang lengkap.

Untuk memastikan urusan pembelian dan bekalan dilaksanakan mengikut

peraturan dengan adil menepati masa.

  

Unit

  • Aspek Pentadbiran
    1. Pengurusan,penyelenggaraan dan keselamatan harta jabatan
    2. Urusan penerimaan dan pengiriman surat
    3. Urusan pentadbiran fail
    4. Urusan mengendalikan mesyuarat
    5. Urusan perhubungan telefon dan kenderaan
    6. Pengurusan stor,verifikasi stok dan perlupusan
    7. Urusan perhubungan telefon, penghawa dingin dan komputer
    8. Jawatankuasa Perumahan Jabatan

 

  • Aspek Personel
    1. Urusan perkihdmatan,perlantikan,pengesahan dan pencen,penempatan dan pertukaran, cuti dan rekod.
    2. Rekod Buku Perkhidmatan
    3. Urusan kenaikan pangkat
    4. Urusan kenaikan gaji dan perubahan gaji
    5. Urusan lembaga tatatertib pegawai
    6. Merancang,menyemak, dan mengkaji keperluan jawatan, skim dan pengubahsuaian operasi tenaga sumber manusia
    7. Mengemaskini data dan maklumat penjawatan/personel (SISPEN & HERMIS)
    8. Urusan Penilaian Harta
    9. Urusan permohonan pegawai dari Kumpulan Wang Kebajikan Bomba

 

Last Updated ( Thursday, 04 October 2007 )
 
Pemasangan Jeriji Keselamatan di Rumah PDF Print E-mail
Thursday, 04 October 2007

MASALAH berhubung kesan pemasangan grille (jeriji) telah banyak diperkatakan, khususnya tentang kebaikan dan keburukannya kepada penghuni rumah terutama di waktu kecemasan.

Fungsi jeriji ini berubah mengikut situasi dari aspek keselamatan pelepasan diri. Ia memberikan kesan buruk jika rekabentuk dan cara pemasangan tidak diberikan perhatian. Kes-kes kematian kerana mangsa terperangkap disebabkan halangan jeriji semakin kerap terjadi.

Faktor utama yang menyebabkan insiden mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Ia adalah seperti berikut :

  • Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap.

  • Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga /kunci

Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan pro-aktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran.


PERMASALAHAN SEMASA

Terdapat kepercayaan umum bahawa kebakaran tidak akan berlaku di kediaman mereka.

Perhatian terhadap kaedah-kaedah keselamatan jeriji tingkap semasa kecemasan yang sesuai dan berkesan untuk menyelamatkan diri sering tidak dititikberatkan.


Risiko terperangkap didalam rumah kediaman jenis 2 dan 3 tingkat adalah lebih tinggi berbanding dengan rumah jenis setingkat kerana faktor jarak perjalanan (travel distance) yang lebih jauh dan sukar. Tetapi ini tidak bererti rumah setingkat lebih selamat sekiranya laluan kecemasan terhalang oleh bahan-bahan mudah terbakar dan pitu serta tingkap dipasang dengan jeriji jenis tetap


Kaedah-kaedah keselamatan kebakaran sepatutnya bermula daripada peringkat perancangan pembinaan rumah dan lebih-lebih lagi semasa rumah itu diduduki.


Terdapat banyak bangunan komersil dan rumah memasang pintu dan tingkap dengan jeriji jenis tetap sebagai langkah menghalang pencerobohan. Walaupun mengetahui risiko penggunaanya.


Faktor keselamatan (safety and security) jeriji tingkap kecemasan perlu diambil kira supaya ada keseimbangan untuk di pasang dijenis-jenis projek perumahan seperti berikut:

  • Rumah kediaman pekerja (asrama)

  • Rumah teres (konkrik) 1,2 dan 3 tingkat.

  • Rumah kelompok (cluster) 4 unit.

  • Rumah pangsa kos rendah/sederhana.


PEMASANGAN JERUJI YANG SESUAI

Rekabentuk dan cirri-ciri keselamatan yang diperlukan adalah separti berikut:

  1. Jeruji tanpa kunci yang mudah di buka dari dalam premis ketika kebakaran.

  2. System pengunciannya perlu mempunyai cirri-ciri berikut:

  1. Mudah dibuka oleh orang dewasa, tua dan kanak-kanak termasuk orang kurang upaya seperti cacat anggota (berkerusi roda) dan sebagainya.

  2. Tidak berkarat.

  3. Tahan lama dan tidak perlu penyelenggaraan yang rumit.


Salah satu unsur terpenting ketika membuka jeriji tingkap kecemasan adalan sistem penguncian. Oleh yang demikian bagi mengelakkan sabarang kemungkinan kerosakan, sistem pembukaan seharusnya tidak mengandungi sebarang komponen yang memerlukan penyelenggaraan rapi.


Pemasangan jeriji tingkap kecemasan sesuaiditempatkan dilokasi seperti berikut:

  1. Bilik tidur.

  2. Ruang tamu.

  3. Tempat lain yang dikenalpasti oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia sebagai laluankecemasan ketika kebakaran.


 
Situasi Khas PDF Print E-mail
Thursday, 04 October 2007

PENDAHULUAN

Setiap rumah mungkin didiami oleh kanak-kanak, orang dewasa, orang tua dan termasuk juga orang kurang upaya dari segi penglihatan, pendegaran dan sebagainya. Berdasarkan kajian didapati bahawa kebolehupayaan golongan kurang upaya seperti kanak-kanak, orang tua dan cacat untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran adalah rendah. Selalunya kegagalan akan menyebabkan kecederaan parah pada mangsa dan lebih buruk lagi sekiranya ia menyebabkan nyawa terkorban.


KEMUDAHAN DAN KEPERLUAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Bagi meningkatkan tahap keselamatan penghuni dan memudahkan serta menyenangkan golongan kurang upaya menyelamatkan diri daripada kebakaran, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:


GOLONGAN KURANG UPAYA

  • Memasang pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contain) di bilik tidur mereka.

  • Memasang talian telefon dibilik mereka bagi memudahkan mereka membuat panggilan kepada pihak Bomba.

  • Bilik tidur mereka ditempatkan di aras bawah rumah. Sebaik-baiknya pintu bilik setentang atau menghadap pintu masuk rumah untuk memudahkan mereka melepaskan diri jika berlakunya kebakaran. Sekiranya bilik tidur mereka berada ditingkat atas, adakan satu pelan perancangan yang sesuai dan teliti untuk memudahkan mereka menyelamatkan diri.


KANAK-KANAK

Semasa berlakunya kebakaran, kita mungkin tidak dapat membantu mereka untuk menyelamatkan diri. Oleh itu cara yang terbaik adalah dengan mengajar anak anda cara-cara menyelamatkan diri semasa kebakaran.

  • Berikan penerangan kepada anak anda mengenai tatacara pengungsian rumah.

  • Adakan latihan supaya mereka dapat membiasakan diri.

  • Bagi anak-anak yang berumur kurang dari 3 tahun, adalah sukar untuk mereka menyelamatkan diri semasa kebakaran. Tempatkan bilik mereka bersebelahan dengan bilik anda atau anak-anak yang lebih tua.

  • Pelan tindakan pengungsian rumah semasa kecemasan hendaklah direka khas bagi tujuan menyelamatkan diri mereka.


PENGASUH BAYI

Ramai ibubapa di Negara ini menggaji pengasuh asing dari Indonesia, Filipina dan sebagainya dalam konteks ini, pengasuh hendaklah diberitahu dan ditunjukkan cara untuk menyelamatkan dirinya dan anak anda ketika berlakunya kebakaran.


  • Berikan penerangan kepada mereka mengenai tatacara pegungsian rumah (Sila Rujuk Bab 3).

  • Adakan latihan supaya mereka dapat membiasakan diri.

  • Tunjukkan mereka cara untuk menghubungi balai bomba dan penyelamat sekiranya berlaku kebakaran. Maklumat yang perlu diberi kepada operator balai bomba dan penyalamat ialah:


    1. Nama dan alamat rumah

    2. Jenis kecemasan

    3. Nama pemanggil

    4. No. telefon pemanggil



  • Menyediakan senarai nombor telefon agensi kecemasan lain seperti POLIS, HOSPITAL da jiran untuk makluman dan tindakakn pengasuh anda.

  • Pastikan pengasuh dan anak-anak anda meninggalkan rumah jika berlaku apa-apa kebakaran atau kecemasan.



KEPERLUAN TAMBAHAN KESELAMATAN KEBAKARAN


  • Jika anda memasang jeriji pada tingkap, pastikan ianya dari jenis yang boleh di buka sebagaimana yang disyorkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

  • Sentiasa hubungi atau menelefon rumah bagi memastikan keadaan dirumah dan tempat orang tua, kurang upaya dan anak-anak yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

  • Beri kesedaran sivik kepada anak-anak anda tentang bahayanya api, punca-punca dan kesan/implikasinya.

  • Memasang alat pengesan asap atau haba sebagai amaran awal bagi mengesan sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran.

  • Menyediakan alat pemadam api yang sesuai.

  • Memaklumkan kepada jiran-jiran bahawa terdapat penghuni orang tua, kurang upaya dan cacat dirumah anda.

  • Pastikan pendawaian elektrik dalam keadaan baik dan sebarang bekalan elektrik yang yang tidak berkaitan semasa meninggalkan rumah hendaklah diputuskan.

  • Jangan biarkan orang tua dan orang kurang upaya membuat kerja-kerja memasak dan amalkan good-housekeeping dan penyimpanan tabung gas yang selamat.

Last Updated ( Thursday, 04 October 2007 )
 
Kebakaran di Bangunan Kediaman Tinggi PDF Print E-mail
Thursday, 04 October 2007

Sekiranya anda tinggal disebuah pangsapuri atau rumah pangsa adalah wajar untuk anda mengetahui garis panduan keselamatan kebakaran yang berikut.


LIF

Jangan sekali-kali menggunakan lif semasa kebakaran kerana kemungkinan besar ianya tidak boleh digunakan. Sekiranya lif anda berhenti di tingkat yang terbakar, asap dan haba akan memasuki ruang lif dan anda mungkin terbunuh. Selain itu,anda mungkin terperangkap didalam lif disebabkan oleh bekalan elektrik terputus.

Anda hendaklah menggunakan tangga kerana ianya selamat. Tangga kecemasan direka bentuk untuk melindungi penghuni-penghuni ketika melepaskan diri semasa kebakaran.

 

TINDAKAN JIKA TERPERANGKAP

Sekiranya asap atau api menghalang laluan kecemasan anda, pintu serta tempat-tempat yang terbuka hendaklah ditutup bagi menghalang kemasukan api.


Sekiranya anda berada di tingkat dua atau lebih maka jangan sekali-kali terjun ke bawah melalui tingkap. Hubungilah pihak bomba dengan segera. Maklumkan kedudukan anda kepada pengawai bilik kawalan balai bomba. Jangan letakkan telefon sehingga mendapat kebenaran daripada pengawai bilik kawalan bomba.


Cuba dapatkan perhatian pasukan bomba dengan mengibarkan sehelai kain putih atau mengunakan cahaya lampu picit bagi mendapatkan perhatian.


Sekiranya tingkap boleh dibuka, buka sedikit di bahagian atas dan bahagian bawahnya. Dengan berbuat demikian udara bersih akan masuk melalui bawah dan asap akan keluar melalui bahagian atas tingkap yang telah di buka. Janga pecahkan tingkap. Jika asap masuk ke dalam bilik, tutup tingkap dengan segera.


KETAHUI KE ARAH MANA HENDAK DITUJU


Dalam sesetengah pangsapuri yang tinggi, tindakan paling selamat apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi adalah dengan menunggu didalam pangsapuri anda sehingga pasukan Bomba sampai. Namun begitu, terdapat pangsapuri yang mempunyai pelan pengungsian bangunan yang memerlukan anda untuk pergi dan berkumpul ditempat yang selamat (safe zone) sehingga ketibaan pasukan bomba untuk mengawal tindakan pengungsian bangunan.


Adakah perbincangan dengan pihak pengurusan bangunan ataupun dengan Jabatan Bomba berhubung dengan perkara ini supaya anda tahu cara untuk bertindak lebih awal.

Pihak pengurusan bangunan anda mesti menampal pelan pengungsian bangunan pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh semua penghuni bangunan.


JIKA LOCENG PENGERA KECEMASAN BERBUNYI


Bagi tempat tinggal yang dilengkapi dengan penggera kebakaran, sekiranya anda terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi di bangunan anda, patuhi arahan-arahan tersebut dan anda mungkin dimaklumkan supaya tidak panik.


  • Bergerak secara berhati-hati dengan memeriksa kepanasan setiap pintu yang anda temui serta kadar asap diruang tangga dan koridor. Sekiranya terdapat asap,cari jalan keluar yang lain.

  • Sekiranya anda gagal menemui jalan keluar yang lain, kembali semula ke bilik asal anda. Lindungilah diri anda daripada asap dan tunggu sehingga anda diselamatkan.

  • Semasa anda keluar, pastikan semua pintu di belakang anda di tutup bagi mengelakkan asap atau api merebak.


 

Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak keluar, ikutilah langkah-langkah keselamatan. Sentiasa berada dalam keadaan tenang serta lindungi diri anda daripada asap disamping menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan kedudukan anda.


Kerja menyelamat mangsa di bangunan tinggi mungkin mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, anda perlu tenang dan bersabar.

 


SENTIASA BERSEDIA


  • Biasakan diri anda dengan bunyi loceng kecemasan bangunan anda.

  • Kenalpasti kedudukan loceng kecemasan dibangunan serta cara untuk menggunakannya.

  • Ketahui sekurang-kurangnya dua jalan keluar untuk melepaskan diri termasuk tingkap-tingkap serta biasakan diri anda dengan semua jalan keluar.

  • Ketahui jalan terdekat menuju jalan pelepasan diri supaya anda mudah mencarinya walaupun dalam keadaan gelap.

  • Pilh satu tempat untuk berkumpul diluar bangunan supaya anda dan semua ahli keluarga berkumpul selepas keluar.

 
Soalan Lazim PDF Print E-mail
Thursday, 04 October 2007

1. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Sokongan Perlesenan Perniagaan ?


Jawapan : Rujukan Carta aliran dan borang


2. Berapa set pelan perlu dihantar ke Bahagian Pencegah Dan Keselamatan Kebakaran ?


Jawapan : Borang semak pelan


3. Dokumen yang perlu dihantar / dikemukakan untuk memohon pemeriksaan bangunan ?


Jawapan :



4. Berapa lama masa diambil untuk memproses pelan Arkitetural dan Pelan M & E ?


Jawapan : Carta aliran arkitektural

Carta Aliran M & E



5. Barapa lama masa diambil untuk proses Pemohonan Surat Sokongan Menduduki

Bangunan Dan Surat Sokongan Perlesenan Perniagaan?


Jawapan : Pemohonan Surat Sokongan Menduduki adalah 14 hari berkerja

bermula tarikh pembayaran dibuat manakala Surat Sokongan

Perlesenan Perniagaan 14 hari berkerja bermula tarikh pembayaran

Last Updated ( Thursday, 04 October 2007 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Results 1 - 9 of 37
Advertisement